Friday 2 March 2012

Cerita Peribahasa Saya(berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan)

Terima kasih Cikgu Amran. Tanpamu aku tidak akan menjadi apa yang aku ingin. Terima kasih sekali lagi. Ku ingat apabila aku masih murid Sekolah Rendah....

Pada masa itu aku seorang yang pemalas ... Tidak pernah ku membuat kerja rumah ku. Kerana itu aku sering dimarahi oleh guru-guruku. Aku tahu aku akan mengambil Peperiksaan PSLE ku. Tetapi aku terlalu malas. Aku tidak sedar berapa penting pelajaranku. Pelajaranku semakin merosot. Walaubagaimanapun, aku fikir aku masih lagi lulus. Hari berganti hari. Tidak lama sebulum peperiksaan PSLE ku... Tanpa ku sedari , tibanya hari itu.. Hari PSLE. 

Aku amat takut apabila mengambilnya. Aku amat menyesal kerana tidak belajar. Hati aku kecewa selepas mengambil semua peperiksaan itu. Aku menuggu dengan takut untuk mendapat keputusan ku..

 Dapatnya keputusan ku. Aku mengangis tanpa henti. Aku gagal dan harus mengulang pelajaranku sebagai murid darjah 6.

" Sudahlah Jan. Tiada gunanya menangis. Ini semua kerana kemalasan mu," kata ayah ku.

Kata katanya amat betul, aku sudah tidak boleh membuat apa-apa.

Cikgu ku, Cikgu Amran , menjumpa saya lalu berkata,"berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan,"

Aku faham kata katanya.Pada tahun hadapan, saya belajar dengan bersungguh sungguh.Usahaku tidak di sia-siakan. Ia membawa ku ke kejayaan.Aku dapat memasuki Normal Akademik dan tidak lama aku masuk ke ekspress kerana usaha ku... Itulah cerita saya. Terima kasih sekali lagi Cikgu Amran.Tanpa kata kata mu, aku tidak akan berjaya.

                                                  TAMAT

Thursday 2 February 2012

Renungan Artikel: Saya amat terperanjat tentang artikel ini.Pada pendapat saya, Encik Kim amat nasib. Dia juga , dalam pendapat saya, seorang yang amat bijak. Kenapa saya berkat sedemikian? Dia membakar wang untuk menyimpan dirinya berasa tidak sejuk. Saya juga amat terperanjat yang walaupun dia berumur 66, dia masih aktif dan boleh mendaki gunung. Itu sahaja terima kasih :D
Biodata saya: Nama saya Jannatun Firdaus. Saya suka bermain komputer. Hobbi saya dahulu adalah memanah. Saya juga suka dengar lagu. Itu sahaja. Terima kasih. :D